Ahad, 12 Ogos 2012

Behind the scenes : Kumpulan bermotor mengarak bendera PKR di Pekan Tuaran



Gambar kat atas ni sekadar gambar hiasan je.. ^_^

TTV rasa ramai warga Tuaran yang menyedari tentang perarakan bendera parti PKR oleh sekumpulan orang yang menunggang motorsikal diantara jam 5.30 hingga 6 petang kelmarin (Sabtu, 11 Ogos 2012).

Kebetulan TTV ada disana pada waktu kejadian. Terkejut juga dan timbul tanda tanya tentang apa yang terjadi. TTV hanya memerhatikan kumpulan bermotor itu berlalu satu persatu dan ketika itu TTV mengecam beberapa orang dikalangan mereka adalah kenalan TTV.

TTV telah menemui mereka untuk bertanyakan tentang hal perarakan bendera tersebut, dan inilah kisah di sebalik kejadian seperti yang diceritakan oleh Azmi (bukan nama sebenar), berusia 18 tahun.

Kebetulan hari itu saya tidak bekerja dan kesempatan bercuti ni saya gunakan untuk berjumpa dengan rakan-rakan memandangkan saya jarang punya peluang untuk bersama mereka.

Saya dan rakan-rakan berkumpul di Pekan Tuaran dengan menaiki motor. Kemudian kami didatangi oleh seorang lelaki yang menunggang motor berkuasa tinggi, dia yang menggelarkan diri sebagai "abang" memperkenalkan dirinya sebagai seorang anggota Pakatan Borneo Bersatu yang memperjuangkan hak warga Borneo di Malaysia. Saya agak kagum juga dengan "abang" dan dalam masa yang sama turut merasa bangga bila "abang" mengatakan kami antara yang terpilih untuk mengubah nasib warga Sabah untuk hidup yang lebih baik.

Abang mengajak kami untuk bersama mereka berarak keliling Pekan Tuaran sambil mengibarkan bendera dengan menaiki motor. Pada awalnya kami cuba menolak dengan cara halus, tapi mungkin kerana melihatkan kami yang seperti enggan, "abang" berjanji untuk mengisi minyak motor sehingga penuh dan membelanja kami makan. Kami kemudian bersetuju, rezeki orang nak belanjakan. Jimat duit nak isi minyak motor.

Kami mengekori "abang" dari belakang ke tempat berkumpul ahli-ahli lain di sebuah stesen minyak (terpaksa dirahsiakan oleh TTV). Disana kami diarah untuk mengikat bendera parti PAS (ralat yang dikesan oleh TTV) pada motorsikal kami sebelum dibenarkan mengisi minyak motorsikal.

Selesai semua ahli mengisi minyak, "abang" melakukan sedikit briefing tentang laluan yang bakal kami gunakan untuk berkonvoi. Selepas itu kami mula bergerak dengan "abang" dan seorang lagi rakannya yang turut menunggang motor berkuasa tinggi mengepalai kumpulan kami..

Destinasi terakhir konvoi perarakan bendera kami berakhir disebuah tempat makan terkenal di Pekan Tuaran (dirahsiakan oleh TTV). Disana "abang" mengajak kami untuk makan sebagai tanda terima kasih. Pada ketika itu kami jadi perhatian ramai, mungkin kerana jumlah kami yang agak ramai dan bermotorsikal atau mungkin kerana kami sedang makan sedangkan belum masuk waktu berbuka puasa.

Sebelum kami bersurai, "abang" ada menyampaikan kata-kata akhir.

"Terima kasih atas sokongan kamu semua, apa yang kita buat hari ini mungkin ada yang tidak suka. Tapi percayalah kamu-kamu ini semualah yang bakal mencipta dan membuka jalan untuk penduduk di Tuaran ini supaya berubah nasib kepada yang lebih baik dan lepas ini kamu boleh berbangga sebab kamu sudah berjasa untuk mereka. Kalau kita menang dalam pilihanraya ni nanti, kami janji akan naikkan gaji semua orang di Sabah dan di Malaysia.. Inilah perjuangan kami untuk kamu semua. Kami boleh tolong kamu untuk dapatkan hak kamu, tapi kamu pun mesti mau tolong kami.", kata "abang"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan