Sabtu, 25 Ogos 2012

Cara Mendapatkan Topup PERCUMA Dari Mana-mana Rangkaian


TTV dapat info ni dari member yang ada buka kedai handphone di area sekitar Tuaran. Duduk berborak dengan member tu, TTV pun korek lah rahsia pasal handphone ni.

Payah juga nak dapat, yelah rahsia perniagaan kan. Tapi akhirnya member tu bersetuju juga bagitau rahsia ni, dengan syarat TTV kena rahsiakan perkara ni (sorry bro, TTV tak makan rasuah). Hehe.. ^^v

Member tu bagitau TTV cara-cara nak isi semula kredit prepaid secara percuma, dan TTV percaya ramai orang nak tahu jugakan. Don't worry, TTV memang tak lokek ilmu.. Lepas ni tak payah susah-2 nak pergi beli Topup lagi kat kedai.

Cara ni hanya berkesan pada waktu-2 tertentu setiap bulan, iaitu bermula pada 20hb ke 30hb je. Sebab pada tarikh-2 inilah penyedia rangkaian ni buat upgrade dan maintenance kat server diorang.

Kaedah Topup PERCUMA (DiGi, Celcom, Maxis, TuneTalk, Umobile)

1. Dail *141500*(No Operator)# contoh, nombor telefon anda 0123456789 Dail *141500*012#

2. Tunggu dalam 15 saat dan anda akan menerima panggilan semula dari server. Sambut panggilan tersebut dan luangkan sedikit masa untuk mendengar promo rangkaian (lebih kurang seminit), kemudian tekan 9151#

3. Anda akan dengar rakaman operator cakap "Please insert you pin number press hashtag to complete" kemudian masukkan 011785 45227 00734 diikuti dengan hashtag(#). Selepas tu anda akan diarahkan untuk mengesahkan nombor pin yang dimasukkan tadi, tekan 1# untuk mengesahkan.

4. Lepas da disahkan, tekan kod kawasan berdasarkan tempat dimana anda mendaftarkan nombor telefon pra-bayar anda. ( 0403# untuk Semenanjung, 0406# untuk Sarawak dan 0409 untuk Sabah )

5. Anda akan mendengar "Please enter your phone number with hashtag to complete", masukkan nombor telefon anda. Contoh, 0123456789# dan selepas tu anda akan diminta mengesahkan nombor yang telah dimasukkan, tekan 1# untuk mengesahkan.

6. Dalam masa lebih kurang 30 saat anda akan dengar bunyi bising (macam bunyi lebah). Bila bunyi tu dah hilang segera tekan 445176#

7. Anda akan mendengar gangguan bunyi seperti bunyi cengkerik, biarkan sehingga panggilan terputus sendiri.

8. Dan anda akan menerima sms pengesahan dari server yang bertulis, "Kepala otak kau berjambul, kat dalam dunia ni mana ada benda yang FREE. Zaman sekarang ni masuk tandas pun kena bayar 20 sen tau. Banyaklah kau punya FREE!!"

9. Dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata "jahanam punya orang tulis entri blog macam ini!" tapi lepas itu anda akan share kepada rakan-rakan untuk menipu mereka pula..

Sekian. Terima Kasih.. Maaf Zahir Dan Batin.. Hehe.. TTV pun terkena.. ~_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan