Jumaat, 24 Ogos 2012

Lelaki Gigit Ular Tedung Hingga Mati Kerana Marah



KATHMANDU: Seorang lelaki Nepal yang dipatuk ular tedung menggigit semula haiwan itu dan membunuhnya dalam serangan balas, lapor akhbar semalam .

Akhbar harian Nepal, Annapurna Post melaporkan, Mohamed Salmo Miya , 55, mengejar ular yang mematuknya di sawah padi Selasa lalu, menangkap dan menggigit haiwan itu hingga mati.

“Saya boleh membunuhnya dengan kayu, tetapi saya menggigitnya kerana sangat marah ,” katanya yang tinggal di sebuah desa kira - kira 200 kilometer di tenggara Kathmandu.

Ular itu yang dipanggil ‘goman ’ di Nepal turut dikenali sebagai tedung biasa .

Pegawai polis , Niraj Shahi berkata, Mohamed Salmo yang dirawat di pusat kesihatan di desa terbabit tidak akan didakwa kerana membunuh ular kerana reptilia itu tidak termasuk dalam senarai spesies terancam di Nepal. – Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan