Selasa, 14 Ogos 2012

Luahan Hati Penduduk Borneo Untuk PM



Hafidz Azrul Yunus > Najib Razak
Assalamualaikum dan selamat petang Datuk Seri. Harap Datuk Seri & keluarga sihat sejahtera. Disini saya ingin luahkan rasa tidak puas hati saya Datuk Seri. Sebelum itu saya minta maaf kalau ada terkasar bahasa & mengguris hati Datuk Seri. Saya semakin terkilan bila membaca post di wall saya mengenai segelintir ahli bijak pandai dari Semenanjung yg berkelulusan dari universiti dan bekerja di tempat yg baik2. Tapi level of education mereka hanya pada sekeping kertas! But level of thinking macam berfikir dari kepala lutut bukan kepala otak. Kenapa mereka pandang rendah kami dari Sabah & Sarawak? Apa dosa kami datang dari negeri ini? Kalau ikutkan hati memang saya ingin memaki kaum ini yg kononnya datang dari Semenanjung dan serba serbi lebih baik taraf kehidupan dari kami rakyat Sabah & Sarawak tapi saya masih lagi ingat rangkap ke-5 rukun negara. Sampai ada yang menulis kalau bkan pasal Tanah Melayu ambil Sabah & Sarawak, kami tidak akan maju. Mungkin orang2 ni terlupa yang hasil bumi kami ialah petroleum & gas, balak, sawit, koko dan pelancongan. Kalau bukan hasil bumi kami mungkin Malaysia tidak akan maju. Itu hanya pendapat peribadi saya. Kenapa mereka ingin memainkan semangat kenegerian dengan kami? Macamlah kami tiada suara untuk meluahkan perasan kami. Semanga 1 Malaysia sudah lama kami praktik tapi masih ada segelintir yang masih mencaci kami rakyat Sabah & Sarawak. Saya ingin memohon kerja di MAS atau MASWing pun, the privilage is not given (saya ada terdengar yang pilot baru habis belajar dapat masuk terus tanpa temuduga @ direct entry @ direct award). Kalau macam kami, banyak prosedur harus diikut tetapi pengakhiran? Tetap tidak dibagi kepada kami. Sampai ada yang post (bukan di wall saya) kalau Sabah & Sarawak tidak puas hati dengan orang Semenanjung, baik keluar dari Malaysia. Memandangkan hasil bumi dari Sabah & Sarawak memang banyak, saya rasa tidak ada masalah kalau kami keluar Malaysia dan menjadi maju seperti Singapura & Brunei tetapi kami masih memegang janji kami kepada pemimpin terdahulu yang kami akan sentiasa menyokong negara ini tetapi disini saya ingin menasihatkan Datuk Seri yang jikalau sentimen kenegerian masih lagi dimainkan, penduduk Sabah & Sarawak rata2 belia berumur 40 tahun ke bawah memang akan terasa asing dan terkilan. Saya mohon maaf jikalau ada tersalah dan tersilap Datuk Seri. Selamat menjalankan ibadah puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Datuk Seri & keluarga daripada saya.
Sunday at 17:55 near Bukit Padang, Sabah.

: : Kata TTV : :
Tahniah kepada Encik Hafidz Azrul Yunus diatas keberaniannya menulis kepada Perdana Menteri melalui laman sosial Facebook. Bagi TTV, ini adalah suatu tindakan bijak untuk menangani kes-2 provokasi terhadap penduduk Borneo (Sabah & Sarawak) yang semakin menjadi-2 di laman sosial Facebook dan Twitter.
Provokasi kenegerian seperti ini sebenarnya bukanlah suatu perkara baru, malah ia telah sering terjadi. TTV masih ingat satu kes yang TTV pernah sertai pada tahun 2010 dari seorang warga Johor yang menimbulkan isu sama, sehingga akhirnya beliau mengemukan permohonan maaf melalui akhbar. (Kes Selesai)
Dan pada hujung tahun lalu TTV juga telah terlibat dalam menulis kepada PM dan Media Prima mengenai entri blog yang ditulis oleh Mazidul Akmal Sidek yang mempersoalkan tentang penggunaan paspot untuk masuk ke Sabah dan Sarawak, sehingga entri blog tersebut telah dipadam. (Kes Selesai)
Beginilah cara kita dalam menghadapi kes-2 begini, menulis kepada pihak yang berwajib. Dan bukannya dengan hanya melalak dalam status atau komen yang hanya terhad dikalangan rakan-2 dan sekutu kita.
Sentimen kenegerian seperti ini sebenarnya hanyalah suatu agenda dari golongan minoriti yang cuba mengambil kesempatan dari sikap sensitiviti kita untuk kepentingan peribadi mereka. Tidak keterlaluan jika TTV katakan ini antara agenda pembangkang untuk meruntuhkan keharmonian yang wujud di kalangan penduduk Borneo yang ternyata lebih mengamalkan konsep 1Malaysia berbanding mereka di Semenanjung.
Jika pendapat TTV ini dianggap salah, fikirkan semula bila setiap kali isu begini timbul, sering kita lihat ada pihak berkata "kita perlukan perubahan".. Fikirkan.. ^_^
TTV takkan menyalahkan saudara kita di Semenanjung bila mereka menggambarkan Sabah & Sarawak sebagai negeri yang ketinggalan dan kotor. Tetapi TTV salahkan pemimpin mereka yang menolak media tempatan kita dengan tuduhan media tempatan kita itu pro-kerajaan. Saudara-2 kita disana telah di "brainwash" untuk tidak menonton TV, mendengar siaran radio dan membaca akhbar tempatan, malah hanya digalakkan untuk mengikuti saluran TV dan siaran radio dalam talian yang dikendali oleh pemimpin pembangkang serta akhbar keluaran mereka.
Kalaulah mereka diberi peluang untuk mengikuti media tempatan yang berlesen, sudah tentu mereka dapat melihat betapa hebat dan indahnya tanah Borneo yang sering menghiasi dada akhbar dan TV tempatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan