Ahad, 19 Ogos 2012

Panduan Dan Cara Solat Sunat Aidilfitri



Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa

Lafaz Takbir :
ُﻪﻠﻟﺍ ُﺮَﺒْﻛَﺃ ُﻪﻠﻟﺍ ُﺮَﺒْﻛَﺃ ُﻪﻠﻟﺍ ﺮَﺒْﻛَﺃ ، َﻻ َّﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ ُﻪﻠﻟﺍ ُﻪﻠﻟﺍَﻭ ﺮَﺒْﻛَﺃ ُﻪﻠﻟﺃ ِﻪﻠﻟَِﻭ ﺮَﺒْﻛَﺃ ُﺪْﻤَﺤْﻟﺍ . ُﻪﻠﻟﺍ ﺍًﺮْﻴِﺒَﻛ ﺮَﺒْﻛَﺃ ُﺪْﻤَﺤْﻟﺍَﻭ ﺍًﺮْﻴِﺜَﻛ ِﻪﻠﻟِ َﻥﺎَﺤْﺒُﺳَﻭ ًﺓَﺮْﻜُﺑ ِﻪﻠﻟﺍ ، ًﻼْﻴِﺻَﺃَﻭ َﻪَﻟِﺇ َﻻ َّﻻِﺇ ًﻪﻠﻟﺍ َّﻻِﺇ ُﺪُﺒْﻌَﻧ َﻻَﻭ ُﻩﺎَّﻳِﺇ ُﻪَﻟ َﻦْﻴِﺼِﻠْﺨُﻣ َﻦْﻳِّﺪﻟﺍ ْﻮَﻟَﻭ ﻥْﻭُﺮِﻓﺎَﻜْﻟﺍ َﻩِﺮَﻛ . َﻻ َّﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ ُﻪﻠﻟﺍ ، ُﻩَﺪْﺣَﻭ َﻕَﺪَﺻ ُﻩَﺪْﻋَﻭ ، ُﻩَﺪْﺒَﻋ َﺮَﺼَﻧَﻭ َّﺰَﻋَﺃَﻭ ، ُﻩَﺪْﻨُﺟ ، َﻡَﺰَﻫَﻭ َﺏﺍَﺰْﺣَﻷْﺍ ُﻩَﺪْﺣَﻭ َﻻ َّﻻِﺇ َﻪَﻟِﺇ ُﻪﻠﻟﺍ ُﻪﻠﻟﺍَﻭ ُﺮَﺒْﻛَﺃ ُﻪﻠﻟﺍ ِﻪﻠﻟَِﻭ ُﺮَﺒْﻛَﺃ ُﺪْﻤَﺤْﻟﺍ

Niat :
َﺔَّﻨُﺳ ﻲِّﻠَﺻُﺃ ِﺪْﻴِﻌِﻟ ِﻦْﻴَﺘَﻌْﻛَﺭ ِﺮْﻄِﻔْﻟﺍ ﺎًﻣْﻮُﻣْﺄَﻣ ِﻪَّﻠِﻟ ﻰَﻟﺎَﻌَﺗ
Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Rakaat pertama :
Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al- Kafirun

Rakaat kedua :
Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat.

Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan