Khamis, 30 Ogos 2012

Tema Hari Kemerdekaan 2012 - Janji Ditepati



Tema Hari Kemerdekaan 2012 – “Janji Ditepati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bagi tahun 2012 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2012 ini.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau akan berkumpul disana bersama-sama untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia . Negeri Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012 ini.

Kerajaan merancang bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Bagi sambutan Hari Malaysia 2012, ada cadangan dari jawatankuasa ianya pula dibawa ke kawasan luar bandar di Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan