Jumaat, 10 Ogos 2012

Wanita "Terperangkap" Dalam Memori 20 Tahun Lalu



LONDON: Perkara terakhir yang diingati Kay Delaney ialah menidurkan dua anaknya - masing-masing berusia enam dan dua tahun.

Dua dekad berlalu dan kedua-dua anaknya membesar serta menamatkan pengajian di universiti, tetapi Kay tidak dapat mengingat satu pun apa yang berlaku sepanjang tempoh itu.

Selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk, memori selama lebih 20 tahun dalam ingatan Kay terpadam langsung, menyebabkan dia gagal menyedari apa yang berlaku kini.



Bagi Kay, dia masih berusia 30-an dan akan terkejut setiap kali melihat wajahnya di cermin kerana ia memaparkan dirinya yang sebenar berusia 55 tahun.

Selain itu, Kay juga masih menganggap Margaret Thatcher adalah Perdana Menteri Britain hari ini dan telefon bimbit masih bersaiz besar seperti batu bata.

Kay juga tidak mampu mengingati kelahiran anak bongsunya, James, yang kini berusia 19 tahun.

Sebelum ditimpa kemalangan itu, Kay bekerja sebagai pengurus rumah asuhan dan sepatutnya mendapat kenaikan pangkat. Nasib tidak menyebelahinya apabila kini Kay mengalami pelbagai halangan, termasuk kesukaran membancuh secawan teh kerana sentiasa terlupa menekan suis cerek di rumahnya.

Selalu juga dia mengejutkan pasangannya daripada tidur di tengah malam dengan menyanyikan lagu berbahasa Perancis dengan fasih walaupun tidak tahu bercakap Perancis.

Akibat kemalangan dulu, Kay didapati mengalami penyakit amnesia songsang.

Dia berkhidmat sebagai pengurus di Rumah Asuhan Dove Court di Wisbech, Cambridgeshire apabila dia tergelincir di lantai basah dan terjatuh, menyebabkan kepalanya terhantuk.

Apabila dibawa bertemu doktor, Kay dimaklumkan, dia tidak mengalami masalah serius kecuali sedikit gegaran di kepala. Tidak lama kemudian, Kay menyedari dia berdepan masalah mengingati sesuatu, sama ada memori lama atau baru.

Sejak itu dia bergelut dengan pelbagai masalah yang sebelum ini sangat mudah dilakukan, seperti memasak dan membasuh.

Pasangannya selama empat tahun, Robert, 60, terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.

Ketika anaknya, Sandy, 23, Kenny, 27, atau James memeluknya, Kay mengakui dia berasa janggal kerana seolah-olah dipeluk orang tidak dikenali. -DM

:: Kata TTV ::
Mesti sedihkan bila benda macam ni terjadi. Yang hilang ingatan tu memang tak rasa sedihlah, sebab da memang tak ingat. Tapi orang lain yang rapat pasti akan terasa sangat.. Huhu.. Sedihnya.. :-( TTV nak nangis la kejap --» T.T
Moralnya kat sini, kita kena hargai setiap detik kehidupan kita sebab siapa tahu bila-2 masa ALLAH boleh menarik balik nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita sebelum ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan