Yazid Ar raqqasyi dari Anas bin Malik ra. telah meriwayatkan :
Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasululah saw, “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya, “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya”.
Lalu Rasullulah saw bersabda, “Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam”
Jawab Jibril, “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke-7. Demi Allah, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antara pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain”.
MasyaAllah…
Dikatakan dalam Hadith Qudsi :
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-KU. Tahukah kamu bahawa neraka Jahanam-KU itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zaqqum. Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70,000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat."
"Api yang ada sekarang ini, yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam." (HR. Bukhari-Muslim).
"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya." (QS. Al-Furqan: 11).
"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah." (QS. Al-Mulk: 7)
"Air di Jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas)." (Lihat QS. Al-Waqi'ah: 41-44).
Rasulullah SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.
"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir. Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin. Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api. Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya. Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (artinya: menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi. Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir."
Rasulullah bertanya: "Bagaimana dengan pintu ke 7?"
Sejenak Malaikat Jibril seperti ragu untuk menyampaikan siapa yang akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan, "Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal sebelum mereka mengucapkan kata taubat".
Mendengar penjelasan yang mengejutkan itu, Rasulullah SAW pun langsung pengsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah saw di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”
Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.”
Nabi Muhammad lalu menangis, Jibrail pun ikut menangis. Kemudian nabi saw langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang.
Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Kerana tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya, “Mengapa beliau begitu berduka?”
Namun beliau tidak menjawab.
Sayyidah Fathimah az-Zahra melihat beliau kerana tangisan yang tiada henti. Wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung. Sebagaimana yang diceritakan oleh Kasyfi, bahawa Bumi tempat beliau duduk telah basah dengan air mata.
Sayyidah Fathimah as berkata kepada ayahnya, “Mengapa Ayahanda menangis?”
Nabi saw menjawab: “Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis? Kerana sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku sebuah ayat yang menggambarkan keadaan neraka. Neraka itu mempunyai 7 pintu, dan pintu-pintunya mempunyai 70,000 celah api. Pada setiap celah ada 70,000 peti mati dari api, dan setiap peti berisi 70,000 jenis azab”.
Setelah mendengar ucapan tersebut, para sahabat Nabi menangis dan meratap, “Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit”
Sementara sebahagian lagi menangis dan meratap, “Seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini."
Ammar bin Yasir berkata, “Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab”.
Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab- sebab dukacita itu. Salman menjawab, “Celakalah engkau dan aku, Sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian katun ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).
Para sahabat meratap dan menangis, bahkan Nabi dan malaikat Jibril pun menangis saat mengetahui tentang dasyatnya siksa di neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan