Selain mengecam tindakan Yahudi menghina Nabi Muhammad SAW, mereka akan terus menjajah pemikiran kita secara halus lalu melalaikan kita. Mereka tidak akan redha sehingga kita mengikut acuan dan cara mereka.
Dari cara hidup, cara berfikir, cara berpakaian, cara mengurus waktu, cara berhibur dan segenap cara hidup tanpa sedar kita mengekori mereka.
Kita tak mungkin dapat mengubah yahudi kerana mereka sedang menjadi yahudi yang bertepatan dengan ayat Al Quran. Mereka benar-benar menjadi yahudi seperti dalam Al Quran.
Apa yang boleh kita buat ialah kita berusaha menjadi Muslim Mukmin yang disebutkan dalam Al Quran. Bacalah Al Quran, cari apa sebenar-benarnya ciri-ciri Muslim dan Mukmin.
Dalam bab Iqra' yakni tuntutan membaca pun kita kalah, apatah lagi dalam pengkajian ilmu. Kita sombong membicarakan kegemilangan Islam terdahulu sedangkan kita berusahakah mengikut kehidupan kegemilangan Islam itu?
Tidak salah membantah, namun apakah selepas perhimpunan dan bantahan itu kita mengubah diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia untuk mengikuti Al Quran dan Sunnah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan