'PULANGLAH ISTERIKU' Itu la hasrat seorang suami yang merayu supaya isterinya segera pulang ke pangkuannya.
Suami kepada wanita itu, David Lee Bin Luchai, 27 dari Kampung Muanat di Beluran, Sabah yang bimbang tentang keselamatan isterinya ketika menceritakan kejadian itu berkata isterinya, Lipa Enjam, 46, meninggalkan sekeping nota di pintu dengan berkata dia telah meninggalkan rumah dan memintanya tidak mencarinya lagi.
“Pada mulanya saya memberikan peluang kepadanya untuk memikirkan semula tindakan yang dilakukannya ini tetapi dia tetap juga tidak pulang lalu saya mencarinya tetapi tidak berhasil,” kata David.
David berkata dia juga telah pergi ke rumah anggota keluarga isterinya sama ada dia tinggal bersama mereka sebaliknya keluarganya juga tidak tahu isterinya itu telah melarikan diri.
Katanya, selepas gagal mencari isterinya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Beluran kerana dia terlalu bimbang tentang keselamatan dan nasib isterinya itu.
"Saya juga tidak dapat menghubungi telefon bimbitnya malah saya terus mencarinya merata tempat. Malah saya telah datang ke Kota Kinabalu untuk mencarinya kerana saya bimbang sesuatu yang buruk terjadi terhadapnya,” kata David.
Menurutnya, kad pengenalan diri (Mykad) dan juga pasport isterinya juga dalam simpanannya.
"Sesiapa terbaca laporan ini, saya hanya ingin berpesan kepadanya bahawa melarikan diri dari rumah bukanlah jalan penyelesaian terhadap masalah ini dan saya juga berharap dia akan pulang dengan selamat,” tambahnya dengan nada sedih.
Sementara itu, David juga meminta mereka yang mengetahui di mana isterinya berada supaya menghubunginya di talian 014-8555561 atau balai polis yang berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan