Selasa, 28 Ogos 2012

Ada Apa Dengan Popcorn?



Ramai yang gemar makan popcorn atau lebih dikenali sebagai bertih jagung di kalangan orang Melayu. Snek ini paling popular dan sangat digemari terutama sewaktu menonton wayang di pawagam.

Mungkin tak ramai yang tahu popcorn sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Popcorn dikategorikan sebagai bijiran sempurna atau whole grain yang berkhasiat tinggi seperti oat, barli dan beras perang.

Popcorn terdiri dari tiga bahagian bijirin iaitu germa, bran dan endosperma :

1. Germa
Bahagian yang sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi protein dan lemak yang menyihatkan.

2. Bran
Lapisan kulit yang melindungi isirong atau kernel yang berfungsi seperti kulit kacang yang kaya dengan nutrien, vitamin B, antioksidan dan serat.

3. Endosperma
Bahagian dalam isirong yang lembut yang mengandungi kanji dan protein dan sedikit vitamin dan mineral.


Bijian sempurna seperti popcorn dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kolesterol, kencing manis, obesiti dan beberapa jenis kanser.

Seorang ahli kimia Amerika, Dr Joe Vinson mendapati popcorn mengandungi paras polifenol yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan yang dipercayai dapat menyingkirkan radikal bebas dari badan. Radikal bebas merupakan kimia yang berpotensi menyebabkan kemusnahan sel dan tisu dalam tubuh.

Popcorn amat baik bagi mereka yang obesiti yang sedang cuba menurunkan berat badan. Mengambil popcorn sebagi alas perut dapat memberi rasa kenyang yang panjang.

Banyak lagi kebaikan yang terdapat dalam popcorn yang patut menjadi snek pilihan. Walau bagaimanapun kebanyakan popcorn di pasaran disediakan dengan kandungan gula yang agak berlebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan