Sabtu, 1 September 2012

Memahami Pemerintahan Negara Republik



Republik merujuk kepada sejenis kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih rakyat seperti Presiden dan bukannya beraja atau monarki . Perkataan ini berasal dari bahasa Latin "res publica" yang membawa erti "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat.

Namun demikian republik tidak boleh disama ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes dimana negara republik diperintah secara kukubesi atau totalitarian. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi republik sejak 1961, tetapi disebabkan dasar apartheid, lebihkurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang mengundi.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu Republik Rom, yang bertahan dari 509 BM hingga 44 AM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip seperti "anualiti" (memegang jawatan selama satu tahun sahaja) dan "collegiality" (dua orang memegang jawatan ketua negara) telah dipraktikkan.

Dalam zaman moden ini, ketua negara sesuatu republik biasanya seorang sahaja, iaitu Presiden, tetapi terdapat juga beberapa pengecualian misalnya di Switzerland, terdapat majlis tujuh ahli yang merangkap sebagai ketua negara, dipanggil Bundesrat, dan di San Marino, jawatan ketua negara dipegang oleh dua orang.

Ramai yang mungkin berpendapat kerajaan republik adalah lebih demokratik dari kerajaan raja berperlembagaan. Namun demikian ia bergantung kepada siapa yang memegang kuasa eksekutif.

Didalam sesetengah negara monarki, raja sekadar lambang kedaulatan negara manakala perdana menteri adalah lebih berkuasa dari raja. Monarki biasanya bertakhta seumur hidup dan kuasanya akan diberi kepada saudara atau anak, atau dipilih mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyak negara raja berperlembagaan adalah demokratik.

Dari segi mana yang lebih demokratik, memang tiada perbezaan yang jelas antara republik dan negara raja berpelembagaan.

Disetengah-setengah negara bukan republik seperti Malaysia, Perdana Menteri mempunyai lebih kuasa eksekutif berbanding rajanya, yang berkuasa dari segi adat istiadat sahaja. Namun masih harus perlu merujuk kepada Raja sebelum melaksanakan sesuatu dasar negara.

Manakala, di beberapa republik pula Presidennya memerintah secara kuku besi seolah-olah dia maharaja di negara tersebut. Misalnya, kerajaan di bawah pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah.

Namun begitu, pada lazimnya republik sering disamakan dengan demokrasi . Amerika Syarikat misalnya dianggap lebih demokrasi.

Walau apa pun pemahaman tentang pemerintahan Republik yang lebih demokrasi berbanding pemerintahan Raja Berpelembagaan, namun yang jelasnya adalah kebanyakkan rakyat negara Republik terasing kerana kasta. Dimana rakyat yang miskin terus tertindas dan miskin sedang yang kaya akan terus berkuasa. Ini jelas bila dilihat dalam sebuah negara Republik tiada istilah "subsidi" untuk rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan