Persoalan mudah. Perlukah bendera negara kita diubah? Dan mengapa ia perlu diubah? Apakah hanya kerana ada persamaan dengan bendera Amerika Syarikat maka ia perlu diubah? Atau hanya kerana kehendak individu dan parti tertentu sebagai suatu manifesto politik?
Ada puluhan negara dengan bendera yang hampir sama di dunia ini. Jangan kata hampir sama, ada sebilangannya yang tidak boleh dibezakan langsung seperti bendera Chad dan Romania.
Buta ilmu dan buta mata kah segelintir rakyat negara ini? Adakah ia perlu diubah kerana pemimpin DAP seperti ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mahukan ia dibuat demikian? Apakah perubahan itu bermakna dasar dan kontrak sosial kita juga akan diubah pemimpin DAP dan pakatan mereka? Apakah kita perlu berpolitik sehingga jati diri dan maruah negara digadaikan? Selain bendera, apakah lagi yang mahu diubah? Bukankah bendera harus dipertahankan.
Dalam perang zaman dahulu, gugurnya seorang pembawa panji (bendera), maka tentera terdekat perlu berlari memegang dan menggantikan pemegang panji yang tumbang. Ini kerana panji itu secara tidak langsung mendukung maruah negara dan pasukannya. Ia tidak boleh jatuh ke bumi.
Namun dalam situasi sekarang, kita mahu menggantikan "Jalur Gemilang" dengan "Republic Of Malaysia" kerana sudah terlalu kemaruk mahu berkuasa!
Idea asal : AK-47
Tiada ulasan:
Catat Ulasan