Rabu, 29 Ogos 2012

Android Jelly Bean Pertama Di China



SAMBUTAN hebat terhadap produk gajet menyebabkan banyak firma daripada pelbagai negara cuba mengeluarkan jenama masing-masing bagi merebut pasaran yang besar ini.

Satu daripadanya ialah ZTE Corporation (ZTE) yang baru-baru ini melancarkan telefon bimbit Android 4.1 (Jelly Bean) pertama di China dan mengembangkan lagi penguasaan ZTE sebagai pembekal perkakasan telekomunikasi dan peranti mudah alih global.

Pelancaran telefon pintar, ZTE N880E menjadi versi telefon Google Jelly Bean dan Android 4.1 pertama yang dilancarkan di China dan yang ketiga di dunia.

Menurut sumber, selepas ini semua telefon pintar keluaran ZTE akan menggunakan Android 4.1.

Telefon pintar ini mempunyai skrin sentuh 4.0 inci WVGA dengan pemprosesan 1GHz 7627A Qualcomm, memori 4GB dan kamera 3.2MP.

Ia adalah rekaan ultra-nipis dengan hanya 10.4mm tebal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan