Rabu, 29 Ogos 2012

Canon EOS M, Kamera Tanpa Cermin



Ramai yang menyatakan mustahil jika kamera tanpa cermin (mirrorless) untuk dihasilkan, namun Canon membuktikan dengan teknologi tiada apa yang mustahil.

Model EOS M yang dilancarkan baru-baru ini dikuasai pengesan imej 18 megapiksel APS-C CMOS, pemprosesan DIGIC 5 serta skrin sentuh 3.0 inci.

Jika diperhatikan luarannya kelihatan seperti gabungan PowerShot G1 X dan S100 dengan kit lensa EF-M 22mm f/2 STM di samping tawaran pelbagai sensitiviti sejajar dengan pesaing pasaran antara 100 hingga 25600 untuk mod pegun.

Susun atur menu kawalan EOS M mudah digunakan untuk pengguna ‘point and shoot’ Canon yang beroperasi pada butang skrin sesentuh.

Terdapat dua jenis lensa yang boleh disesuaikan untuk kamera jenis ini termasuk EF-M18-55mm f/3.5-5.6 IS STM atau EF-M22mm f/2 STM yang ringan, kompak dan prestasi AF hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan