Rabu, 29 Ogos 2012

Telefon Pintar Android Dengan Fungsi Dual Sim Dari Sharp



Pengeluar barangan elektronik dari Jepun, Sharp kini mengeluarkan telefon Android terbaru mereka, Sharp SH530 dengan skrin berukuran 5 inci dengan resolusi 800 x 480 piksel.

Malah android ini turut memiliki fungsi kad sim berganda yang membolehkan penggunanya menggunakan dua kad sim di dalam satu telefon.

Tetapi prosesor android ini masih menggunakan prosesor dual core 1GHz MTK MT6577. Untuk menghasilkan tenaga dan teknologi yang seiring dengan telefon lain, Sharp telah meletakkan RAM bersaiz 512MB untuk menyokong prosesor ini.

Untuk masalah penyimpanan, telefon ini datang dengan kapasiti yang cukup besar iaitu 16GB. Namun belum dapat dipastikan dengan jelas apakah telefon ini juga mempunyai slot mikro SD.

Ia turut menggunakan kamera 5MP yang memiliki kemampuan untuk merakam video. Pada bahagian depan, turut mempunyai kamera 1.3MP untuk panggilan video.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan