SINGAPURA: Akibat perselisihan faham, seorang lelaki Singapura, dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas ditikam gara-gara durian berharga Sg$2 (RM5), semalam.
Lianhe Wanboe, 46, bertegang urat dengan penjual durian itu ketika meminta untuk merasa sedikit buah berkenaan di gerai di Jalan Bukit Merah. Sebab pertengkaran itu tidak dijelaskan.
Menurut akhbar tempatan, mangsa berkata, ketika dia berdiri di gerai itu, tiba-tiba dia merasa ada orang menikamnya dari belakang.
Pada mulanya, Lianhe merasakan dia menjadi mangsa rompakan. Dia menjerit meminta tolong tetapi tidak ada siapa yang mengendahkan. Dalam keadaan berdarah, Lianhe berjalan sejauh 500 meter untuk menahan teksi dan ke hospital.
Mangsa mengalami dua luka tikaman di belakang tubuh. Serangan itu turut menyebabkan satu tulang rusuknya patah. Doktor terpaksa melakukan pembedahan dan Lianhe kini diletakkan di bawah pengawasan di unit rawatan rapi di Hospital Besar Singapura.
Penyerangnya, penjual durian berusia 61 tahun ditahan polis. Saksi berkata, penjual durian itu kelihatan tenang ketika dibawa polis. - SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan