Ahad, 9 September 2012

Hati Yang Bersih Dan Terhindar Dari Penyakit Hati



Kita sering sekuat tenaga menjaga agar pakaian, kenderaan kita tidak kotor. Tapi jarang kita habis-habisan menjaga agar hati kita tidak kotor.

Allah Subhanahu wata’ala berfirman :
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Qs Asy Syams :9-10)

Jadi, kita harus tahu bahawa salah satu yang sering kita lalaikan adalah kita membiarkan banyak hal yang tidak perlu, menodai dan mengotori hati kita, sedangkan hal mendekatkan diri dengan Allah sangat bergantung dengan “Qolbun Saliim”, bukan semata-mata kerana banyaknya ilmu dan hanya banyaknya amal tapi benar-benar kerana bersihnya hati .

Inti pengotor hati adalah cinta terhadap dunia dan nafsu. Bila kita berhasil mengenal, menempatkan dan menaklukannya dengan tepat maka hati akan jauh terasa lebih tenang. Misalnya hal mencintai dunia, kita sering menganggap bahawa kebahagiaan dan kejayaan diukur dari kekayaan, gelaran, pangkat, kedudukan, populariti dan sebagainya. Padahal jelas sekali bahawa kebahagian dan kejayaan dalam pandangan Allah, diukur sesuai dengan firman-NYA,
“ … Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat: 13)

Marilah kita melihat dunia ini biasa-biasa saja tidak usah kagum dan mabuk terpesona. Bila kita cinta dunia, dunia ini kecil jadinya. Carilah Rahmat Allah, kerana matipun pasti tak ada yang dibawa selain amalan masing-masing.. Maka jadikan niat kesibukan didunia ini, di bahagian manapun episodnya untuk mencari Rahmat dan ampunan serta redha Allah semata..

Insya-Allah, dunia akan bertekuk lutut menghamba, melayani kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan