Sabtu, 8 September 2012

Samsung Galaxy Note 10.1, Bukan Tablet Biasa



Seperti mana yang dinantikan, pada 5 September yang lalu, Samsung Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan tablet terbaru mereka dengan sokongan S-Pen, iaitu Samsung Galaxy Note 10.1.

Menurut pihak Samsung, melalui Galaxy Note 10.1, mereka mengubah daripada tablet yang sebelum ini hanya banyak digunakan untuk mengikuti dan memuat-turun kandungan, kepada tablet yang kini mampu menghasilkan tablet terus padanya dengan pantas dan mudah.

Samsung Galaxy Note 10.1 bakal ditawarkan di Malaysia bukan sahaja melalui Celcom, tetapi turut sama melalui syarikat telekomunikasi yang lain, termasuk Maxis, Digi dan juga UMobile. Ia juga akan ditawarkan secara berasingan melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM2199.



Dari segi spesifikasi pula, Galaxy Note 10.1 membawakan skrin sebesar 10.1-inci, dengan cip pemprosesan 1.4GHz, kamera 5 megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan auto-fokus, kamera hadapan 1.9-megapixel, sokongan S-Pen.

Beberapa aplikasi turut disertakan bersama, dimana selain daripada aplikasi daripada Samsung, ia juga menyertakan Adobe Photoshop Touch secara percuma melaluinya.

[Sponsored - Limited Time] Kini Samsung Galaxy Note 10.1 boleh didapati dengan harga serendah RM1,388! Klik Sini!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan