Sabtu, 11 Ogos 2012

Iklan Filem Pendek Petronas Raya 2012 - Stranger



Baru semalam TTV buat entri pasal Iklan Raya BERNAS yang menyentuh jiwa tu.. Kali ni TTV nak buat entri iklan raya Petronas pula..

Macam tahun-2 yang dah sudah, setiap kali perayaan besar, Petronas sering je muncul dengan iklan-2 yang bermesej. Dan untuk raya 2012 ni, Petronas sekali lagi muncul dengan iklan filem pendek yang bertajuk "Stranger"..

Oya, korang dah tengok durasi penuh filem pendek ni? KLIK SINI.. Ala, yang iklan kat TV tu baru intro je. Durasi sebenar filem ni 14 minit 30 saat..

Untuk tahun ni Petronas buat sedikit kelainan, kalau sebelum ni tentang hal-2 tempatan tapi tidak pada kali ini. Dah advance sikit, lebih global daripada biasa.. Hehe..

Stranger. Mengisahkan tentang Erman, seorang anak Malaysia yang bekerja sebagai jurutera Petronas dan ditugaskan di salah sebuah stesen carigali di Asia Tengah. Berada jauh dari tanah air, Erman cuba menyesuaikan diri dengan atmosfera baru, budaya dan dunia yang begitu asing buatnya.

Menjalani kehidupan di tanah asing, takdir akhirnya menemukan Erman dengan seorang kanak-2 tempatan, Jeyhun.

Perkenalan mereka bermula dari insiden Jeyhun yang tanpa sengaja memecahkan cermin kereta Erman. Kerana rasa bersalah, Jeyhun melarikan diri dan Erman segera mengejar. Sehinggalah Jeyhun bersembunyi disebuah ruang nampak begitu usang. Erman melangkah ke dalam ruang itu cuba mencari kelibat Jeyhun, namun kemudian Erman terpaku, ternyata ruangan itu adalah sebuah bilik darjah yang sepertinya telah lama ditinggalkan. Erman kemudiannya terus berlalu pergi..

Keesokan paginya, penduduk setempat dikejutkan dengan perubahan pada ruang bangunan itu yang begitu kemas dan teratur. Mereka tertanya-2 bagaimana ia terjadi dan siapa yang melakukannya. Jeyhun turut ada disana, melihat sekeliling Jeyhun terpandang sebiji bola yang disusun di atas rak. Bola itu milik Jeyhun yang dirampas oleh Erman, dan sedarlah Jeyhun siapa yang menghias ruang belajar itu untuk mereka..

Dan apa yang terjadi selepas itu.. Korang kenalah tengok durasi penuh filem pendek Petronas ni.. KLIK SINI ^_^

:: Kata TTV ::
Filem pendek ni banyak menerapkan nilai-2 kehidupan yang mudah namun sering kita terlepas pandang. Kita sering mengekang diri dengan hal duniawi sehingga kita gagal memenuhi potensi diri. Semuanya terungkai dalam "Stranger"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan