Memaparkan catatan dengan label Variasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Variasi. Papar semua catatan

Khamis, 4 Oktober 2012

Kebakaran Kecil Di Ko-Nelayan Laya-Laya, Tuaran



Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang tadi. Menurut saksi, dia melihat kepulan asal tebal dan bergegas ke tempat kejadian.

"Pada awalnya saya menyangka bangunan Kompleks Perikanan itu yang terbakar berikutan asap yang begitu tebal. Setibanya saya disana, saya mendapati hanya kebakaran kecil berlaku di kawasan lapang Kompleks tersebut,"

"Ternyata asap tebal itu datang dari pembakaran longgokan pelampung yang digunakan untuk mengapung kincir air di dalam kolam ternakan."
Tidak dapat dipastikan jika kebakaran itu disengajakan atau tidak kerana pagar Kompleks didapati berkunci dan tiada petugas yang mengawal pembakaran itu.

"Saya hanya dapat mengambil gambar kejadian dari luar dan gagal mendapatkan maklumat lanjut kerana pagar utama dikunci dan tiada sesiapa di situ untuk saya bertanya tentang kejadian.", kata saksi.

Pemberi Maklumat : Zakuan Chua ( Perumahan Laya-Laya, Tuaran )

4th Borneo Birds Festival 2012



1. In apprecitation of Nature’s beauty, its significance to human relations and benefits, Sabah is now looking forward to the promising event well known as Borneo Bird Festival (BBF).

2. Borneo Bird Festival is a celebration of the magnificent birds of Borneo, it is aimed to create public awareness to bird conservation, to promote birdwatching, and enhance the eco-tourism activities.

3. For the first time in 4 years, the merriment will be housed at the Malaysia’s First UNESCO World Heritage site and Borneo’s premier birding destination, the Kinabalu National Park on 5th-7th October 2012.

4. With the theme “Winged Wonders of Kinabalu”, the activities from talks, demos, exhibitions, competitions, tour packages to children’s camp, body paint and totoos to the misty and cool guided Bird Watching walk will mostly be featuring the magnificient birds of Kinabalu Parks specially noted for its 54 strictly montane birds of which 12 are endemic to Kinabalu Park, some of the montane species are Whitehead’s Trogon, Black-breasted Fruit-hunter, Sunda Laughing-thrush, Mountain black-eye, Whitehead’s broadbill, Whitehead’s Spiderhunter, Black-sided flowerpecker and more.

SOURCE

Festival Burung Borneo Di Sandakan


SANDAKAN: Sabah julung kali akan menganjurkan Festival Burung Borneo di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok di sini mulai Sabtu ini, kata Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Dr Tengku Zainal Adlin.

Katanya pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang pesta lima hari itu termasuk persidangan antarabangsa mengenai pelancongan berteraskan burung, pertandingan burung dan pertandingan fotografi.

Katanya sempena festival itu dua buah buku yang mengandungi panduan mengenai 664 spesis burung yang terdapat di pulau Borneo akan dilancarkan.

Kira-kira 500 orang termasuk peserta persidangan dijangka hadir sepanjang festival itu termasuk dari Britain, Jepun, Australia, Taiwan dan Singapura, katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Menurutnya RDC dipilih sebagai lokasi festival tersebut bersesuaian dengan pengisytiharaan tempat berkenaan sebagai Kawasan Penting Burung di Sabah.

Katanya RDC sesuai menjadi pusat pemuliharaan burung berdasarkan lokasinya yang dikelilingi Hutan Simpan Sepilok dan dianggarkan terdapat 300 spesis terdapat di kawasan tersebut.

Festival itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Pelancongan Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. -New Sabah Times

Rabu, 3 Oktober 2012

Apa Yang Kita Semai Hari Ini?



Jika kita menyemai amanah, maka kita akan menuai kepercayaan..

Jika kita menyemai kebaikan, maka kita akan menuai persahabatan..

Jika kita menyemai tawadhu' (kerendahan hati), maka kita akan menuai penghormatan..

Jika kita menyemai rasa hormat, maka kita akan menuai kemuliaan..

Jika kita menyemai kesungguhan, maka kita akan menuai kejayaan..

Jika kita menyemai keimanan, maka kita akan menuai ketenangan..

Jika kita menyemau kebohongan, maka kita akan menuai bencana..

Kerana itu..
Maka berhati-hatilah dengan apa yang kita semai hari ini, pasti di suatu saat nanti kita yang akan menuainya sendiri..

Selasa, 2 Oktober 2012

Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) 2.0



Pembentangan Bajet 2013 - BR1M 2.0 :

1) Syarat-2 kelayakan memohon dikekalkan seperti BR1M yang pertama.

2) Tambahan agihan kepada pemohon yang belum berkahwin (BUJANG) berumur 21 tahun keatas yang berpendapatan kurang dari Rm2000 ( Bantuan Rm 250 Diberikan).

3) Pemohon yang telah menerima BR1M 2012, tidak perlu mengisi borang permohonan BR1M 2013. Pendaftaran permohonan hanya dibuka kepada pemohon baru, dan permohonan BR1M 2013 bermula antara November-Disember 2013.

4) Agihan BR1M 2013 akan diberikan pada Januari 2013 pada pemohon yang layak.

Isnin, 1 Oktober 2012

Ejen Perancis Disyaki Pembunuh Gaddafi



Seorang anggota perisik Perancis yang bertindak atas arahan Presiden Nicolas Sarkozy disyaki membunuh bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Dia didakwa menyusup masuk ke dalam kumpulan yang menahan Gaddafi tahun lalu sebelum menembaknya di kepala.

Motifnya, menurut sumber di Libya ialah untuk menghalang Gaddafi daripada disiasat mengenai hubungan rapatnya dengan Sarkozy, Presiden Perancis ketika itu.

Bekas pemimpin Barat lain, termasuk Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga rapat dengan pemimpin Libya itu.

Dia sering mengunjungi mereka dan membantu untuk memudahka urusan perniagaan berjumlah berbilion dolar.

Sarkozy yang pernah menyambut Gaddafi sebagai ‘saudara pemimpin’ ketika lawatan pemimpin Libya itu ke Paris, dikatakan menerima jutaan dolar daripadanya untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007.

Teori konspirasi itu sudah pasti menjadi kebimbangan besar kepada Britain yang mengerahkan jet untuk mengebom Libya tahun lalu dengan matlamat ‘untuk menyelamatkan orang awam.’

Mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan itu dengan jelas menyatakan, Barat tidak boleh mencampuri urusan dalaman Libya.

Sebaliknya, pengeboman hampir setiap hari itu berakhir dengan penggulingan Gaddafi sementara penasihat tentera Perancis dan Britain dikatakan membantu pemberontak Libya di darat.

Mahmoud Jibril yang menjadi Perdana Menteri sementara selepas penggulingan Gaddafi memberitahu televisyen Mesir, “Ejen asing menyusup ke dalam briged revolusi untuk membunuh Gaddafi.”

Sementara itu, sumber diplomatik di Tripoli memberitahu akhbar Itali, Corriere della Serra, pembunuh asing itu mungkin rakyat Perancis.

“Sejak Nato mula menyokong revolusi Libya, yang mendapat sokongan kuat daripada kerajaan Nicolas Sarkozy, Gaddafi secara terbuka mengancam mendedahkan hubungannya dengan bekas Presiden Perancis itu, termasuk wang berjuta-juta dolar yang diberikan untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007,” lapor akhbar itu.

Satu sumber di Tripoli berkata, “Sarkozy mempunyai banyak alasan untuk menutup mulut Gaddafi dan ia perlu dilakukan secepat mungkin.”

Pandangan itu disokong oleh maklumat yang dikumpulkan oleh penyiasat di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya dan tempat revolusi ‘Kebangkitan Arab’ menentang Gaddafi bermula pada awal 2011.

Bekas Ketua Perhubungan Awam Majlis Peralihan Libya, Rami El Obeidi berkata, dia tahu Gaddafi dijejaki menerusi sistem telekomunikasi satelit ketika pemimpin itu berbual dengan Presiden Syria, Bashar al- Assad.

Pakar Nato berjaya mengesan komunikasi antara mereka dan menjejaki Gaddafi di bandar Sirte, tempat dia dibunuh pada 20 Oktober 2011.

Jet Nato menyerang konvoi Gaddafi sebelum pemberontak mengheretnya keluar dari sebuah longkang, tempat dia bersembunyi dan kemudian menjadi sasaran serangan ganas. -DM

Ayah Rentung Depan Mata



Sukar digambarkan kesedihan dirasai empat beradik ketika melihat ayah mereka mati terbakar selepas van Nissan Vanette dinaiki mereka berlanggar sebuah kereta di Kilometer 11, Jalan Lok Heng-Mawai, di Kota Tinggi, semalam.

Dalam kemalangan jam 9.15 pagi itu, anggota polis berpangkat koperal, Daud Talib, 46, rentung selepas tersepit di tempat duduk pemandu dan gagal diselamatkan.

Turut terkorban dalam kemalangan jam 9.15 pagi itu ialah Adibah Hashim, 48, pemandu kereta Proton Iswara yang bertembung van dipandu Daud.



Isteri Daud, Salina Kadis, 44, parah manakala empat anak dan tiga anak saudara berusia lima hingga 17 tahun yang berada dalam van sama cedera ringan.

Kejadian berlaku apabila Adibah hilang kawalan sebelum kereta dipandunya termasuk ke laluan bertentangan dan bertembung van dinaiki Daud sekeluarga. -Metro

Kisah Si Anak Kecil Pemakan Sisa



Kisah ini sungguh mengharukan. TTV berharap ia dapat memberikan pelajaran dan hikmah bagi kita semua. Ini adalah kisah seorang anak kecil yang bersekolah di sebuah sekolah rendah di negara jiran kita. Sebuah kisah nyata yang terjadi di zaman ini.

Anak ini selalu berangkat ke sekolah setiap hari dengan disiplin tanpa pernah mengenal lelah.

Sebenarnya anak itu juga bukanlah seorang pelajar yang terlalu menonjol. Tapi ia selalu berusaha keras mengerahkan kemampuannya untuk mendapatkan hasil yang diharapkan. Anak kecil ini benar-benar berjuang hingga batas puncak kemampuannya.

Tukang sapu sekolah memperhatikan gadis kecil ini selalu datang ke sekolah dengan membawa beg yang kempis, namun selalu pulang dengan beg yang telah penuh dengan berisi. Hal itu menarik perhatian si Tukang sapu tersebut.

Maka selama beberapa minggu, ia terus mengawasi anak kecil ini dan ia tetap menyaksikan pemandangan yang sama.

Hal itu menyebabkan si Tukang sapu itu melaporkan kepada Pengetua sekolah tentang semua yang dilihatnya. Mendengarkan aduan si Tukang sapu, Pengetua sekolah pun meminta anak kecil itu untuk menemuinya setelah tamat waktu sekolah.

Anak kecil itupun datang dengan beg yang penuh seperti kebiasannya. Pengetua sekolah segera memintanya untuk membuka beg itu, dia ingin tahu apa yang terkandung dalam beg itu.

Anak kecil itupun membuka begnya. Ternyata beg itu berisi serpihan-serpihan roti dan sisa-sisa makanan pelajar lain yang telah dibuang.

Ya, apa sebenarnya yang telah berlaku adalah si anak kecil itu mengumpulkan sisa-sisa makanan itu untuk dibawa pulang agar boleh dimakan oleh adik-beradiknya, agar boleh dikongsi dengan ibunya di rumah.

Apakah kita sudah membayangkan keadaannya?

Duhai, segala puji bagi Allah atas semua nikmat dan limpah kurnia-NYA.

Pesan TTV untuk kita semua, jangan pernah merasa ragu-ragu untuk mengeluarkan sedekah dan zakat. Di luar sana, di luar pengetahuan kita ada banyak sekali orang-orang miskin yang benar-benar memerlukan.

Lelaki Dengan Tangan Bionik Di Britain



Seorang bapa menjadi rakyat pertama di Britain yang mempunyai tangan bionik , di Perkhidmatan Kesihatan Nasional ( NHS).

Mike Swainger, 33, gembira kerana diberi peluang untuk mencuba teknologi hebat selepas menawarkan diri untuk menjadi bahan eksperimen untuk syarikat yang membuatnya.

Mike, yang kehilangan bahagian bawah tangan kanan dan kakinya ketika dilanggar oleh kereta api ketika usianya 13 tahun berkata, “ Ia menukar hidup saya."

Bapa kepada tiga anak dipasang dengan tangan bionik yang mampu berfungsi membuka dan menutup tangan seperti tangan asli, selepas dia melakukan kajian dan menemui pembuatnya.

Tangan itu bergerak menggunakan elektrod yang disambungkan dengan otot di bahagian atas lengan.

Tangan bionik membantu Mike melakukan kerja biasa yang sebelum ini menjadi masalah padanya, seperti mengikat tali kasut dan kini dia memulakan hobi baru, iaitu memancing.

Katanya, dia sangat seronok kerana akhirnya dapat berpegang tangan dengan anak perempuan bongsunya, Jodie, 6.

Mike yang berasal dari Hull juga menggunakan kaki palsu dan kerusi roda.

Katanya, “Ia menggalakkan anda mencuba sesuatu yang baru dan juga dapat memulakan perbualan dengan orang lain. Saya terdengar seorang kanak- kanak berkata , ‘ Lihat , ia robot.’" -TS

Rabu, 26 September 2012

Perkhidmatan Feri Keningau Tahun 60-an



Satu-satunya perkhidmatan feri di Daerah Keningau suatu ketika sekitar tahun 1960-an. Feri melintasi Sungai Pegalan dari Pekan Keningau ke kawasan Sook, tulid, nabawan, sepulot, pensiangan dan kawasan sekitarnya. Feri ini menyediakan perkhidmatan ulang-alik menyeberang Sungai Pegalan dan mampu membawa sebuah kenderaan pacuan 4 roda diatasnya. Perkhidmatan ini dihentikan setelah jambatan kayu merentangi Sungai Pegalan dibina oleh samada askar Australia atau British. Selepas itu digantikan dengan jambatan besi dibina betul-betul pada kedudukan di bawah Maktab Perguruan Keningau sekarang.

Foto ~ Nordin Abdullah RQ

Perogol 'Temuduga' Bersiri Ditahan



Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi ‘temuduga’ yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur.

Beliau berkata, modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.

Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.

“Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Inisemua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya,” katanya.

Ku berkata, selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan namun mangsa tidak dicederakan.

Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.

“Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa,” katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan. – BERNAMA

Isnin, 24 September 2012

Kisah Tukang Kayu Yang Jujur



Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu di kawasan sebuah tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik tu.

Maka datanglah Pari-Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari-Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari-Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari-Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari-Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari-Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya.

Kali ni isterinya pula yang terjatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari-Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama Selena Gomez.

Pari-Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab, "ya, itulah isteriku..."

Pari-Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Selena Gomez, kau akan bawakan pula Taylor Swift.. Kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku.. Bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku.. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

Akibat Nak Nampak Lebih Comel Dengan Kanta Lekap Yang Comel



Sekarang ni pemakaian contact lens da jadi trend anak-2 muda kita, tapi tak kurang juga anak-2 tua yang memudakan diri turut serta dalam bidang pemakaian lens ni.. Dan di pasaran pun sekarang ni berlambak-2 lens dijual dengan corak pelbagai yang comel-2 belaka, dah tu murah lagi..

Tak dinafikan, contact lens bercorak ni membuatkan kita kelihatan lebih comel dari biasa walaupun hakikatnya bila kita tak pakai lens nampak tak comel. Betul lah kata pepatah melayu, "dari mata turun ke hati".. Hehehe.. :-p

Tapi sedarkah kita? Dalam ketaksuban kita untuk kelihatan lebih menarik, ada segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan. Menggunakan bahan berkualiti rendah dan memudaratkan untuk mengaut keuntungan lebih.

Ini hal benar yang terjadi bila ada pengguna lens yang mengalami kerengsaan pada mata dan ada sebahagiannya mengalami kebutaan sementara (Syukur tak buta terus).

Ya, mesti ada yang fikir sebab mungkin mereka tak basuh lens tu guna cecair pencuci khas untuk lens kan? Tapi sebenarnya apa yang terjadi adalah bahan pewarna yang digunakan untuk mencorakkan lens itu mudah luntur, biasalah bahan tak berkualiti kan..

Bukanlah niat TTV untuk melarang korang guna contact lens yang comel-2 tu. Cuma TTV nasihatkan agar korang berhati-2 bila membeli, pastikan lens itu dibeli dari pengedar yang sah dan lebih baik beli dari kedai yang khusus menjual cermin mata dan lens. ^_^

Sabtu, 22 September 2012

Syiling Dan Serpihan Batu Kecil



TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.

Tidak menunggu lama tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.

Kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.

Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.

Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Khamis, 20 September 2012

"Temu Duga" Untuk Diperkosa Dan Disamun



Dua wanita dirogol dan disamun ketika menghadiri sesi temu duga dalam dua insiden berasingan.

Pada Sabtu, seorang siswazah wanita berusia 22 tahun hadir sesi temu duga di sebuah hotel bajet sekitar Kuala Lumpur selepas memohon tawaran pekerjaan sebagai jurujual menerusi sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa telah menghantar permohonan kerja ke alamat e-mel (sonicact@gmail.com) dan diminta oleh suspek untuk menghadiri sesi temu duga kira-kira pukul 3.30 petang.

Menerusi emel itu, mangsa ditawarkan RM400 sehari untuk pekerjaan tersebut. Mangsa diminta untuk bertemu dengan ‘penemu duga’ di dalam sebuah bilik hotel.

“Sebaik saja memasuki bilik tersebut, mangsa yang bersendirian, dirogol sebelum disamun,” katanya pada sidang media, Rabu.

Pada awal Ogos, seorang lagi siswazah wanita turut dirogol dan disamun selepas menghadiri sesi temu duga serupa di sebuah hotel berlainan di ibu negara.



Siasatan lanjut mendapati kedua-dua kes melibatkan seorang suspek yang menggunakan modus operandi sama.

Khairi berkata, suspek tidak meninggalkan nama, alamat atau nombor telefon untuk dihubungi ketika mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

Beliau turut menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk menyemak dengan pihak hotel jika mereka diminta untuk menghadiri temu duga bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Polis telah mengedarkan fotofit suspek dan meminta pertolongan orang ramai bagi mengesan lelaki terbabit.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan 392 kerana samun. –MStar

Isnin, 17 September 2012

'Pengamal perubatan Islam' ditahan ketika cuba lakukan seks ke atas pesakit



Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.

"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar."

"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.

"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.

Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.

Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.

Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran, Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam, dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat. -Bernama

Libas Parang Ke Arah Polis, Warga Asing Ditembak



KOTA KINABALU: Seorang warga asing cedera ditembak oleh anggota polis setelah bertindak menyerang rakan setugasnya dengan bersenjatakan parang panjang dalam satu kejadian di Batu 10, Jalan Tuaran malam semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 9.20 malam itu, suspek berusia 26 tahun terbabit dikatakan melibas parangnya ke arah anggota polis sebelum rakan setugasnya terpaksa melepaskan tembakan yang terkena di bahagian bahu kanan suspek.

Sebelum kejadian, difahamkan dua anggota polis berpangkat Lans Koperal itu sedang melakukan rondaan di lokasi berkenaan dan mengesan empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata keempat-empat lelaki itu bertindak melarikan diri ketika dihampiri anggota polis.

“Ketika dikejar, salah seorang daripada mereka mengeluarkan parang dan cuba menyerang polis. Namun demikian, suspek itu bertindak melarikan diri ke dalam hutan kira-kira 50 meter daripada jalan terbabit."

“Selepas menemui jalan buntu, suspek bersenjata itu kemudian berpatah balik dan menyerang seorang anggota polis menggunakan parang."

“Atas dasar keselamatan, rakan setugas anggota polis itu kemudian terpaksa melepaskan tembakan dan terkena pada bahu kanan suspek,” katanya.

Jauteh menambah, suspek itu kemudiannya ditahan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

“Tiada sebarang dokumen ditemui ketika suspek diberkas. Suspek kini berada dalam keadaan stabil dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh,” katanya.

Menurut beliau lagi, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan motif suspek membawa senjata berbahaya berkenaan.

“Kita turut berusaha menjejaki tiga lagi suspek yang terlepas,” katanya.

Ahad, 16 September 2012

Gadis Diperkosa Dan Digantung Di Tempat Awam



Orang awam yang sedang berjogging awal pagi terkejut bila menjumpai mayat seorang perempuan tergantung dalam keadaan bogel.

Gadis berusia 22 tahun itu dirogol, kemudian dicekik sampai mati dan kemudian digantung di dataran awam.

Penyerang telah menggunakan seluar jeans untuk menggantung mangsa.

Menurut pihak polis, besar kemungkinan yang membunuhnya adalah dari kenalan rapat. Suspek utama ialah teman lelaki mangsa.

Kejadian ini berlaku di Brazil.

Bas Terpanjang Di Dunia!



Bas yang terpanjang di dunia mula berada di jalan raya di Jerman awal bulan ini.

Bas yang dicipta oleh pakar dari Institut Untuk Sistem Trafik dan Infrastruktur Fraunhofer, berukuran hampir 30 meter dan mempunyai empat gandar stering serta boleh membawa 256 penumpang.

Bas besar yang fleksibel itu mula dipamerkan kepada orang ramai di Dresden bulan lalu, tempat khidmatnya dengan pihak berkuasa pengangkutan tempatan akan digunakan untuk ujian percubaan.

Pihak berkuasa bandar raya Beijing dan Shanghai sudah memesan bas berkenaan yang berharga kira-kira RM31 juta setiap sebuah. Berita baik untuk aktivis alam sekitar ialah ia boleh bergerak jauh dengan menggunakan kuasa elektrik.

Pengarah institut itu, Matthias Klingner berkata, “Terdapat banyak pengetahuan yang dicurahkan untuk menghasilkan bas ini."

“Kecekapan sistem komputernya sungguh tinggi. Inovasi AutoTram ini bukan terletak pada kepanjangannya saja, tetapi yang paling penting ialah keupayaannya untuk bergerak seperti bas biasa yang sepanjang 12 meter."

“Tidak ada masalah dengan pergerakan dan kestabilannya tetapi kami terpaksa melihat bagaimana bas sepanjang itu akan memberi kesan kepada keadaan trafik di bandar.”

Bas itu menggabungkan kapasiti penumpang sebuah kereta api kecil dan pergerakan sebuah bas. Ia bergerak menggunakan enjin hibrid yang hidup apabila menerima kuasa daripada bateri elektrik, mengecasnya ketika ia menggerakkan kenderaan itu.

Pemandu bas tidak perlu mendapatkan lesen khas bagi memandu bas ini kerana ia menggunakan sistem pemanduan komputer yang unik yang mengawal kepanjangan bas selaras dengan gerabak di depan.

Sistem itu tidak mahal untuk dikendalikan dan lebih murah untuk menggunakannya berbanding sistem kereta api komuter, mendorong bandar lain untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Klinger berkata, “Autotram mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding sistem kereta api ringan.”

Meskipun ia bas terpanjang di dunia, bas dengan kapasiti paling ramai ialah Siri New Liner buatan China yang mempunyai 300 tempat duduk dalam sebuah bas yang sepanjang 25 meter.

Bas seumpama itu diharamkan di beberapa laluan di London pada 2009 selepas di dapati ia menjadi punca kepada kebanyakan kemalangan.

Datuk Bandar London, Boris Johnson berusaha keras untuk menjual 31 bas itu selepas ia didakwa tidak selamat dan menggalakkan penumpang mengelak membayar tambang. Perkhidmatan bas itu ditamatkan pada 200 selepas tiga terbakar.

Akhirnya, kebanyakan bas itu dijual kepada Malta pada 2011. - DM

Mayat Bayi Perempuan Dicampak Dari Tingkat 3



Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi .

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ , Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi .

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh .

“Tiba -tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi ,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini .

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut .

“Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak, ” katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan.

“Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh, ” katanya .

Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. –Bernama