Sabtu, 25 Ogos 2012

Kerana Sororiti, Maruah Tergadai



KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

. : Kata TTV : .
Perkara seperti ini (Fratenity & Sorority) bukan lagi sesuatu yang baru, malah ianya telah lama berlaku dan diamalkan oleh remaja dan belia setempat. TTV masih ingat suatu ketika dulu gadis-2 diajak menyertai kumpulan-2 tertentu dan mendapat perlindungan serta keistimewaan dengan syarat mereka harus menjadi pemuas nafsu anggota-2 lelaki dalam kumpulan tersebut. TTV tidak pasti jika gejala seperti ini masih berlaku namun TTV percaya trend kian berubah dengan gejala baru, "REMPIT". Nasihat TTV buat gadis diluar sana, jagalah maruah diri dan keluarga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan