Selasa, 11 September 2012

Laporan Akhbar Berkenaan Allahyarham Yasmin J Hunwick



Berita Harian Online (4 Jun 2012)
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan yang menaiki sebuah motosikal tanpa topi keledar, maut dilanggar sebuah van ketika membuat pusingan U di Padang Gaung, di sini tengah malam kelmarin.

Yasmin Johari, 17, dan Nor Hazwani Mansor serta Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Yasmin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Mahsuri, manakala dua lagi dipercayai pelancong. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika mereka menaiki motosikal dari arah Kuah menghala Ulu Melaka.

Mayat dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarga, tengah hari semalam.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, berkata berdasarkan maklumat, motosikal dilanggar van pelancong dari arah Ulu Melaka yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun.

“Siasatan awal mendapati van terbabit gagal mengelak motosikal yang cuba melakukan pusingan U, sebelum merempuhnya. Pemandu van berkenaan selamat ,” katanya.

Harith berkata polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan